Food Review: Penang


Hello everyone!

So this is my first post in this blog, previously I'm using another blog but I'm having some problem with it so I created a new one. Banyak banyak tempat dalam Malaysia ni, food heaven bagi aku adalah di Penang. Never tired of the food and the place as well.


I've been to Penang more than 8 times as far as I can remember. So below is the list of the food that I consumed all this while. Some of the food I tried just because someone recommended it and some of it aku suka dan ada juga yang so-so. 


1. Restoran Kapitan (Queensbay Branch)


Address: 

89-G Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang (Literally opposites Queensbay, besides open space parking)

Rate: 10/10








Restoran ni adalah paling sedap sekali di Penang untuk aku. Image diatas adalah Nasi Briyani Claypot Kambing. Sedap nak meninggal we called it. The rice is using basmathi and it's really fluffy and light and full with flavour. Kambing dia sangat lembut, and it's a bit spicy but spicy dia macam rempah punya pedas bukan pedas cili. Sedap sangat. I always pick this over chicken just because I prefer mutton over chicken. 


The reason aku letak Queensbay branch tu sebab dia ada 2 tempat; satu dekat Georgetown and satu dekat depan Queensbay. Tapi bagi aku, selepas try 2/3 kali dekat dua dua tempat, pilihan aku tetap yang branch Queensbay. Rasa semua makanan lagi sedap di sana dan suasana pun lagi best sebab tak crowded dan seats sangat banyak compare to Georgetown. 


Bawah ni adalah Cheese Naan with Chicken Tandori. Sedap. Sangat. Cheese Naan dia tak heavy with cheese macam RSMY punya Cheese Naan. Tapi rasa cheese dia cukup and naan dia lembut sangat. The chicken tandoori tu sedap sangat, spice dia rasa sampai ke tulang ayam. Ayam tu lembut gila, it's soooo goooddd makan sambil pejammm mataaa. 




Restoran Kapitan Cawangan Queensbay, luas dan selesa


2. Roti Canai & Roti Bakar Transfer Road

Address: Jalan Transfer, 10050 George Town, Penang

Rate: 5/10

Dalam banyak-banyak tahun aku pergi Penang, hanya sekali sahaja aku breakfast sini. The thing is, location dia sangat susah parking for those who drive. Hari yang aku pergi tu sebenarnya aku dari airport naik bus Rapid Penang. Bila masuk Georgetown, bus tu lalu sini. So bila aku pandang baru aku macam "EH SINI LAH". Then tekan loceng terus turun. The place is really crowded, dia located memang bebetul tepi jalan. Kalau taknak tunggu, sila pergi awal. Aku sampai almost 9am rasanya. So kena tunggu untuk duduk. 

So famous dekat sini adalah roti bakar and telur goyang & roti canai dengan kari ayam. Honest review from me, food here is overrated. Yes, overrated. I have no idea about other people. The roti bakar and telur separuh masak tu sangat muak. It's plain, it's just bread with eggs, that's it. If you ask me about the bread, is it special or not, no it's not. Kalau yang pernah makan Roti Titab di Kopitam Kita, Kota Bharu, yang tu sedap 100 kali ganda dari yang ini, not even kidding. 


Roti bakar telur separuh masak
So we move to second dish, Roti Canai and Kari Ayam. Ayam tu sangat lembut, lembut dia seperti dimasak dengan api yang sangat perlahan dan dalam masa yang lama. Tapi kari dia sangat biasa, rempah dia biasa sahaja. And it's quite bland. The reason aku order sebab ramai yang order so saja nak try. Okay lah, at least try dari aku keep on wondering macam mana rasa dia.


Kari Ayam
Roti Canai dia nampak sangat sedap, memang sedap but for me it's just a normal roti canai macam kau makan dekat mana mana Mamak. It's so thin and crispy at the same time. 
Roti Canai

Masa tengah makan tu, kami ada nampak sorang pakcik ni jual some sort of karipap pakai motor. Dan aku ada baca review suruh try that karipap. Inti dia kari tapi rempah dia tak kuat sangat, dan inti dia tak banyak. Sedap makan bila panas masa dia masih crispy. Bila sejuk dia dah jadi sedikit lembek. 




Inti di dalam
3Mee Sotong Hameed, Padang Kota

Rate: 4/10


Mee Sotong Hameed ni adalah salah satu nya food yang di suggest oleh semua orang. So, during my 5th visit to Penang, I decided to try it. Pergi sana memang confirm kena beratur tapi tak lama pun beratur sebab dia serve laju. 




Menu dia tak banyak mana pun, ada mee sotong and pasembor sahaja. Mee sotong dia disalut dengan kuah yang berwarna merah tu dan ditopupkan oleh kuah sotong di atas. Overall, mee dia sangat manis. Aku rasa sebab dia kuah sotong kot so manis sotong plus dengan kuah nya sekali. Sedikit muak sebab mee tu bercampur kuah jadi dia macam lembek sedikit. 


4. Sup Hameed


Address: 48, Jalan Penang, George Town, 1000, Penang


Rate: 7/10


Sup Hameed adalah sup paling famous di Penang. Menu paling famous adalah Sup Kambing. Dia buka 24 hours tak silap aku. Tapi paling best bila pergi malam, sebab kalau siang panas and kau makan sup pulak, bertambah lagi panas. 



Sup Kambing

Sup kambing dia satu mangkuk tu tak banyak portion, tapi okay lah untuk kau setakat alas perut. Isi dia sedang sedang sahaja portion nya. It's good but not great (quote by Imran). Kira sedap sedap sahaja, takde kebabom sedapnyaaa. Pesan aku, jangan order roti dia. Normally kau akan expect roti dekat kedai sup harus la sedap sebab memang roti kena betul bila cicah dengan roti. But no, roti kedai ni tak sedap. Tak tipu. Order sup sahaja without the roti, you're welcome. 


5. Nasi Kandar Line Clear


Address: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000, Penang


Rate: 10/10


Nasi Kandar Line Clear ni famous dengan kedai yang asyik kena sita memanjang dengan masalah kebersihan since diorang open 24 hours. Kedai dia memang kotor, I cannot deny that. Tapi makanan dia sedap nak mampus. Kuah campur dia aku tak tahu nak describe macam mana. Sedap sangat. Bila first time makan sini, aku tapau. Ambil kuah campur + ayam goreng sahaja. Tapau dan makan after 1 hour sebab masa tu hotel dekat Feringgi thus it's a bit far from Georgetown. Plus aku masa tu naik Rapid Penang sahaja, tak drive dan Grab tak wujud lagi tahun tu. 




Nasi Kandar Line Clear *courtesy from Trip Advisor*

Despite the fact that the rice is already cold, it's still taste good. I still remember the first bite, sedap nyaaaaa. Kalau korang pergi makan dekat kedai dan jenis cepat kembang tekak, tak payah la pergi., tapau jela even though aku tak tahu apa beza dia. Sebab tu tak ramai suka makan sana, because of the cleanliness. But damn, nasi kandar there is soooo goooodddd I tell you. And it's quite cheap as well. 


6. Nasi Kandar Beratur


Address: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, 10300, George Town, Penang


Rate: 5/10


Nasi Kandar Beratur ni pun adalah salah satu tempat makan famous di Penang dimana buka pada pukul 10PM - 830AM. Tapi by 930PM kau dah nampak orang beratur panjang tunggu kedai buka. Orang Malaysia ni memang kaki makan betul, nasi kandar @ 10pm? Takde hal, termasuk la aku. Aku beratur dalam 1/2 jam masa first time aku pergi dengan harapan yang menggunung tinggi. Sebab ramai kata sedap so aku ingat dia dapat beat Line Clear lah. 


Sampai turn aku, aku order nasi putih + kuah campur + ayam goreng + bendi. Aku makan situ hari tu, konon nak feeling seperti tourist betul lah. But man, I made the wrong decision. Kedai dia during that time, it was 3/4 years ago lah, smells really bad and lagi kotor dari Line Clear. 


About the food, nasi dia so-so, tak kena dengan selera aku, again it's bland. Ayam goreng keras dan garing sangat. Kuah walaupun kuah campur aku tetap rasa tawar macam tak kena selera betul. Aku makan tak habis that night and went home feeling dissapointed. I have a strong feeling towards food, kalau expectations too high and end up tak sedap memang moody sekejap.


But again, selera orang lain lain. Aku tanya ramai kawan aku, ramai kata sedap. They prefer Nasi Kandar Beratur compare to Line Clear. So kena try dua-dua then you will know which one suites your taste. 


7. Pasembur @ Persiaran Gurney


Address: Stall 09, Anjung Gurney


Rate: 8/10


Kalau pergi Penang tak sah kalau tak cuba pasembur. Tempat yang selalu aku makan memang dekat Anjung Gurney. Dia ada banyak stall dekat sana untuk kau pilih makanan, ada jual pasembur, satay, nasi lemak, chinese stall jual char keow teow dan lain lain. Disebabkan Stall 09 paling famous jadi aku try makan sana. Dekat stall pasembur ni ada banyak pilihan makanan, dari bebola ke seafood. Tips taknak mahal, jangan ambil seafood langsung. Kalau tak memang kau kena charge paling kurang RM30 ke atas.






Jadi aku hanya pilih bebola sahaja dan aku minta kurang kan sayur dan timun sebab kalau tak cakap memang dia campak sejambak sayur nak suruh nampak banyak padahal timun tu boleh buat pasembur kau berair dia jadi tak sedap. Kuah dia aku suka, sedap sangat. Dia manis sikit tapi tak muak sangat pun. Okay ja. Nak pergi ke Anjung Gurney ni kalau naik kereta, susah sikit nak parking. Aku pernah pergi naik Moto dan juga pergi naik Grab. Tak payah susah fikir nak parking. 


8. Cendul Pulut @ Pasar Chowrasta


Address: Gerai dia betul-betul sebelah dengan Pasar Chowrasta, berdekatan tangga belakang untuk ke pasar


Rate: 8/10


Banyak-banyak cendol dekat Penang, gerai ni sahaja aku pernah cuba. Aku selalu makan cendol pulut, memang sedap. Tak sama lah dengan cendol aku biasa makan dekat KL. Kalau korang pergi lambat memang habis pulut dia, kena datang awal sikit. Gerai dia bebetul sebelah Pasar Chowrasta, kalau jalan kaki di kawasan itu confirm lah jumpa. Tapi cendol paling famous adalah Teochew Cendol, mungkin next time boleh try sana. 





Sebenarnya, banyak lagi tempat yang aku makan di Penang tapi aku akan review lagi sekali bila next aku pergi ke Penang, lagi. Tips untuk Penang yang aku boleh bagi lah:


1. Kalau pergi naik plane, make sure stay hotel near Georgetown. Kalau duduk Feringghi, it's a bit far from eateries. Tapi depends on your preferences lah, kalau nak beach pergi Feringghi. Kalau focus more on food, stay tengah-tengah Georgetown. Aku recommend duduk Armenian Street Heritage Hotel kalau di Georgetown. Aku dah duduk 2 kali dekat hotel yang sama dan puas hati. Bilik cantik and location hotel memang senang kau nak ke mana-mana dan hotel harga murah


2. Kalau naik kereta, avoid pergi makan dekat area Georgetown pakai kereta, sebab parking sana sangat susah. Kalau ada parking berbayar pun memang mahal. Jadi tak berbaloi. Aku suggest korang naik Grab atau Rapid Penang sahaja. Bas dekat sana sangat reliable, you can travel the whole Penang using bus.


3. Avoid pergi during Public Holiday or School Holiday. Kalau tak memang jammed teruk, memang semua tempat ramai orang. Crowded, nak makan berhimpit. Pergi weekdays masa bukan cuti bersambung. Lagi best bila pergi during Georgetown Festival, check tarikh sekali. Sebab masa festival tu banyak event yang best untuk korang attend dan dia memang buat near Armenian Street, George Town.


Honestly, banyak lagi tips aku nak bagi but nanti lah aku buat satu post special untuk travel di Penang sahaja. 


Comments